Michael Jackson didakwa sangat ketagih kepada ubat pelali berkuasa tinggi - dikenali dengan jenama Diprivan - dan pernah merayu dibiarkan berada di tahap bawah sedar sehingga beberapa hari.
Bekas jururawat pembedahan plastiknya, Kathryn Buschelle, berkata pada ketika tertentu Raja Pop itu seolah-olah mayat hidup kerana hanya terbaring sehingga 72 jam.
“Michael mula ketagih Diprivan sejak diberikan ubat itu untuk mengatasi kesakitan akibat penggunaan berterusan laser bagi mengupas kulitnya menjadi cerah,” katanya semalam.
Memiliki pengalaman lama sebagai jururawat Michael, Kathryn, 41, berkata keghairahan penyanyi itu dengan penampilan kulit cerah mendorong dia terus menjalani rawatan laser.
semakin kerap Michael melalui proses memutihkan kulit, semakin ketagih dia kepada Diprivan“Dengan perkataan lain, Michael sebenarnya membakar kulitnya dan pengalaman saya melihat proses itu seperti membaca cerita hantu.
“Sejak akhir 1990-an, saya menganggap Michael adalah mayat hidup,” katanya.
Selain Diprivan, koroner Los Angeles turut menemui pelbagai ubat penahan sakit dan pelali lain, seperti Demerol, Methadone, Valium, Dilaudid, Ambien, Fentanyl, Xanax dan Vicodin dalam tubuh Michael.
Penyanyi itu meninggal dunia secara mengejut ketika berusia 50 tahun pada 25 Jun lalu.
Menurut Kathryn, lama-kelamaan hidup Michael bergantung penuh kepada ubat dan mendorongnya menjalani siri pembedahan plastik - walaupun pada ketika tertentu prosedur itu sebenarnya tidak diperlukan.
“Mendapatkan ubat pelali menjadi satu-satunya alasan Michael mengunjungi klinik.
Kata Kathryn, Michael mula memutihkan kulitnya selepas menjalani pembedahan hidung akibat terjatuh ketika menari.
Disebabkan proses memasukkan tulang baru ke hidung amat menyakitkan, katanya, Michael diberi ubat pelali supaya boleh berehat.
“Sejak itu, pembedahan demi pembedahan dilakukan ke atas Michael.
“Dia juga teruja apabila mengetahui warna kulitnya boleh diputihkan, walaupun melalui penggunaan asid dan laser,” katanya.

0 comments:
Post a Comment