STARLIGHT BUZZ....

KOLEKSI INFO HIBURAN TERKINI...



David Carradine,72, pelakon drama bersiri popular tahun 1970 an "Kung Fu" di temui mati di bilik hotelnya di Bangkok pada 4 Jun yang lalu.

Pelakon siri televisyen Kung Fu dan filem Kill Bill ditemui mati di sini semalam.

Kedutaan Amerika Syarikat mengesahkan kematian pelakon itu sementara polis berkata, mereka mengesyaki Carradine, membunuh diri.

“Dia ditemui mati di bilik hotelnya di Bangkok tetapi punca kematian belum diketahui,” kata pegawai kedutaan.

Sementara itu, anggota polis tempatan, Pirom Janthapirom berkata, pihaknya, mengesyaki pelakon itu menggantung dirinya.

“Kami menemui mayatnya tergantung dalam almari pakaian kamar hotelnya pagi ini (semalam) dengan tali melilit lehernya.

JANGAN tertipu apabila bintang pujaan anda tampil segak bergaya pada majlis besar. Ada kemungkin hanya rupa mereka cantik dan kacak tetapi mereka sebenarnya tidak mandi.

Itulah yang terjadi kepada aktor terkenal Brad Pitt yang terlalu sibuk sehingga tidak sempat mandi. Malah, kekasih kepada aktres Angelina Jolie itu hanya menggunakan tisu basah pelembap bayi untuk menyegarkan semula badannya.

Aktor berusia 45 tahun itu mempunyai enam orang anak termasuk tiga anak kandungnya bersama Angelina Jolie. Disebabkan itu, kadangkala dia tidak ada masa untuk membersihkan dirinya.

Pelakon yang bergandingan dengan Brad dalam filem InGlourious Basterds, Eli Roth memberitahu: "Brad pernah berkongsi tip apabila berpeluh dan tidak ada masa untuk mandi, dia hanya menggunakan tisu pelembap bayi untuk mengelap ketiaknya.

"Brad juga kata, berada di lokasi penggambaran dan dalam masa yang sama menguruskan enam orang anak, dia akan membawa beberapa helai tisu pelembap. Dia juga selalu terkena kencing dan tidak sempat untuk mandi dan itu satu-satunya cara terpantas membersihkan diri."

Brad berkongsi tip tersebut bersama Eli apabila terkejut tentang pengakuan wanita itu yang tidak ada masa untuk mandi ketika mereka sama-sama terlibat dalam pengambaran filem baru itu.

"Saya rasa itu tip yang amat berguna. Kalau sekarang badan saya mula berbau, saya akan gunakan tip yang diberi Brad," jelas Eli.

kredit: kosmo


JENNIFER Love Hewitt berkata, dia mungkin akan bertunang dengan kekasih hatinya, Jamie Kennedy pada tahun depan.

Bintang Ghost Whisperer yang putus tunang dengan Ross McCall tahun lalu memberitahu sebuah stesen radio Amerika: "Bila?...mungkin sekitar pertengahan tahun depan."

Aktres itu bagaimanapun menafikan khabar angin yang mengatakan dia dan Kennedy sudah pun bertunang setelah pasangan ini dilihat berada di sebuah kedai barangan kemas di Las Vegas dan membeli sebentuk cincin kecil.

"Memang ada gosip tentang saya dan Jamie telah bertunang. Itu tidak benar," katanya.

KREDIT:MSTAR



MARIAH Carey dan suaminya, Nick Cannon nampaknya cukup penat melayani spekulasi berkaitan usaha mereka mencari rumah baru di Los Angeles.

Pasangan itu menafikan khabar angin yang dilaporkan menerusi sebuah laman web gosip bahawa mereka telah membeli beberapa buah rumah.

Mereka juga berjanji untuk mendedahkan tentang rumah 'misteri' mereka itu setelah proses pembaikan rumah itu siap kelak.

"Kami telah membeli tujuh buah rumah baru...mereka (laman web dan tabloid) memaparkan gambar-gambar rumah yang bukan milik kami," kata Cannon.

"Kami ada rumah di Los Angeles dan bila pembaikan rumah itu selesai, kami akan akan lakukan apa yang perlu - sesi fotografi," tambahnya lagi.

Walaupun Cannon mengatakan mereka tidak pernah membeli rumah-rumah yang dikaitkan itu, sumber bagaimanapun menegaskan bahawa pasangan itu merancang untuk berpindah di rumah lama aktres Farrah Fawcett di Bel Air.

Pasangan itu juga dilaporkan turut meletakkan tawaran untuk membeli salah sebuah rumah yang berprestij di Los Angeles, Mac lalu.

kredit:mstar