STARLIGHT BUZZ....

KOLEKSI INFO HIBURAN TERKINI...


PELAKON, Daniel Radcliffe teruja orang lain menganggap dirinya homoseksual. Bintang Harry Potter itu kerap meminta kawan-kawannya yang homoseksual melayari laman web homoseksual untuk mencari gosip mengenainya.

Radcliffe, 19, mengakui orang asing selalu percaya dia adalah seorang yang homoseksual kerana personalitinya.

Bagaimanapun, dia tidak berasa terganggu dengan persepsi orang lain.

"Perasaan itu adalah luar biasa. Saya membesar di sekeliling orang homoseksual sepanjang hayat saya.

"Saya berasa teruja apabila mereka percaya saya adalah homoseksual.

"Seronok dapat menyebabkan mereka asyik berteka-teki," kata Radcliffe.

kredit:mstar


BINTANG lagenda hollywood, Elizabeth Taylor sangat sedih dan dukacita dengan kematian Michael Jackson sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

Elizabeth, 77, di bawa dari rumahnya ke klinik di Los Angelas Isnin lepas, lapor kawanya Cindy Adams.

Elizabeth bertambah sedih apabila tidak dapat menghadiri upacara pengebumian Michael kerana berlaku pergaduhan diantara beliau dan keluarga Jackson.

"Mereka menghalang Elizabeth daripada menghadiri upacara itu. Eli tidak henti-henti menangis dan sudah kehabisan tenaga. Kini dia sudah jatuh sakit," tambah Cindy lagi.

Selepas kematian Michael, Elizabeth pernah menyatakan yang beliau sangat sayangkan Michael dan tidak dapat menggambarkan bagamaimana hidupnya selepas ini tanpa Michael.

"Saya sayang dia dengan sepenuh jiwa saya. Saya tak dapat saya bayangkan hidup saya selepas ini tanpa kehadiran Michael disisi, kami mempunyai terlalu banyak persamaan."

"Dia akan tetap berada di dalam hati saya buat selama-lamanya, tiada siapa yang tahu betapa kami saling mengasihi."

Elizabeth memberikan sokongan moral kepada Michael semasa perbicaraan kes cabul kanak-kanaknya pada tahun 2003

Debbie Rowe iaitu bekas isteri Raja Pop Micheal Jackson, didakwa ‘menjual dua anaknya’

kepada ibu penyanyi itu bagi mendapatkan wang sebanyak AS$4 juta (RM14.34 juta),

lapor sebuah akhbar semalam.

Rowe mendapat wang itu kerana dia memberikan hak menjaga dua anaknya iaitu Prince Michael I yang berumur 12 tahun dan Paris berusia 11 tahun.

Menurut sumber, keluarga penyanyi itu tidak gembira dengan jumlah bayaran tersebut.

“Mereka (keluarga Michael) menganggap tuntutan Rowe itu sebagai satu bentuk bayaran wang tebusan.

“Dia menuntut hak itu kerana dia mahukan wang,” kata satu sumber.

Rowe pernah bertugas

sebagai pembantu doktor

gigi Micheal. Dia pernah membenarkan Michael yang mesra dengan panggilan Jacko membesarkan dua anaknya.

Bekas isteri Jacko itu tidak menghadiri majlis penghormatan terakhir jenazah Jacko yang diadakan di Pusat Staples, Los Angeles pada 7 Julai lalu


Michael Jackson didakwa sangat ketagih kepada ubat pelali berkuasa tinggi - dikenali dengan jenama Diprivan - dan pernah merayu dibiarkan berada di tahap bawah sedar sehingga beberapa hari.

Bekas jururawat pembedahan plastiknya, Kathryn Buschelle, berkata pada ketika tertentu Raja Pop itu seolah-olah mayat hidup kerana hanya terbaring sehingga 72 jam.

“Michael mula ketagih Diprivan sejak diberikan ubat itu untuk mengatasi kesakitan akibat penggunaan berterusan laser bagi mengupas kulitnya menjadi cerah,” katanya semalam.

Memiliki pengalaman lama sebagai jururawat Michael, Kathryn, 41, berkata keghairahan penyanyi itu dengan penampilan kulit cerah mendorong dia terus menjalani rawatan laser.

semakin kerap Michael melalui proses memutihkan kulit, semakin ketagih dia kepada Diprivan“Dengan perkataan lain, Michael sebenarnya membakar kulitnya dan pengalaman saya melihat proses itu seperti membaca cerita hantu.

“Sejak akhir 1990-an, saya menganggap Michael adalah mayat hidup,” katanya.

Selain Diprivan, koroner Los Angeles turut menemui pelbagai ubat penahan sakit dan pelali lain, seperti Demerol, Methadone, Valium, Dilaudid, Ambien, Fentanyl, Xanax dan Vicodin dalam tubuh Michael.

Penyanyi itu meninggal dunia secara mengejut ketika berusia 50 tahun pada 25 Jun lalu.

Menurut Kathryn, lama-kelamaan hidup Michael bergantung penuh kepada ubat dan mendorongnya menjalani siri pembedahan plastik - walaupun pada ketika tertentu prosedur itu sebenarnya tidak diperlukan.

“Mendapatkan ubat pelali menjadi satu-satunya alasan Michael mengunjungi klinik.

Kata Kathryn, Michael mula memutihkan kulitnya selepas menjalani pembedahan hidung akibat terjatuh ketika menari.

Disebabkan proses memasukkan tulang baru ke hidung amat menyakitkan, katanya, Michael diberi ubat pelali supaya boleh berehat.

“Sejak itu, pembedahan demi pembedahan dilakukan ke atas Michael.

“Dia juga teruja apabila mengetahui warna kulitnya boleh diputihkan, walaupun melalui penggunaan asid dan laser,” katanya.

IBU Michael Jackson, Katherine dan bekas isterinya Debbie Rowe khabarnya sudah menemui jalan damai tentang isu hak penjagaan Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Blanket, 7 tahun.

Debbie sanggup melepaskan hak penjagaan terhadap anak-anaknya dengan syarat Joe Jackson tidak ada kena mengena dengan anak-anaknya. Debbie bersetuju untuk diberi hak berjumpa dengan anak-anaknya bila-bila masa yang dia inginkan.

Peguam kedua-dua wanita tersebut berjumpa pada hari Jumaat lepas untuk membincangkan bagaimana cara terbaik untuk meminggirkan Joe Jackson dari masuk campur hal penjagaan.

Kes penjagaan anak-anak akan didengar pada 20 Julai untuk memberi peluang kedua-dua wanita itu.

Menurut peguam Debbie, "Perkara terakhir yang Debbie mahu ialah Joe menjaga anak-anaknya. Dia tidak mahu anak-anaknya melalui apa yang Michael lalui.

"Ketika mereka bersama, Michael banyak mencurahkan isi hatinya kepada Debbie dan bagaimana Michael membenci Joe.

"Dan Katherine juga tidak mahu isu penjagaan ini berlarutan hingga dibawa ke mahkamah."

Sumber yang terdekat dengan keluarga berkata, "Mereka tidak dapat menjauhkan Joe dari berjumpa cucu-cucunya di majlis keluarga tapi rasanya mereka akan cuba menghalang Joe dari menjadi figura penting dalam hidup anak-anak Jackson."

Pada tahun 2007, Michael telah menuduh ayahnya - yang mana dia langsung tidak menamakan di dalam wasiat - memukulnya ketika dia masih budak kecil.

"Ayah saya akan memegang tali pegang dan mengacah pada saya. Mulanya cuba acah-acah tapi sekiranya dia tidak puas hati dengan raptai saya, dia akan memukul saya," kata penyanyi dalam satu wawancara pada tahun itu.

Setelah kematian Michael, Joe tidak henti-henti memberi analisa perkembangan bakat anak-anak Michael.

KREDIT:MSTAR



JOE Jackson, ayah kepada Michael Jackson kini menyuarakan hasrat hati untuk bersama-sama menjaga tiga cucunya - Prince Michael I, 12, Paris Michael Katherine, 11, dan Prince Michael II (atau Blanket), 7.

Walaupun Joe dan isterinya, Katherine sudah lama berpisah tetapi mereka masih lagi bergelar suami isteri. Michael telah meninggalkan wasiat yang Katherine akan menjadi penjaga anak-anaknya. Dan mahkamah juga telah memberi hak penjagaan sementara kepada Katherine.

Meskipun selama ini Michael tidak pernah mengatakan sesuatu yang elok tentang ayahnya seperti dalam temuramah yang dilakukan dengan Oprah Winfrey pada tahun 1993.

"Terlalu banyak kesedihan ketika zaman kanak-kanak saya. Ayah selalu mengejek saya tentang jerawat, hidung besar saya dan macam-macam lagi. Dan dia juga memukul saya.

"Ayah saya seorang yang zalim tapi ibu saya seorang wanita yang cukup sempurna dan baik sekali," kata Michael dalam wawancara itu.

Penulis biografi dan juga rakan baik keluarga Jackson, Stacy Brown berkata, Joe mempunyai hak ke atas cucu-cucunya.

"Kalau awak kenal Joe, dia akan lakukan apa yang dia mahu lakukan. Dia tidak kisah kalau ada sesiapa yang akan cakap buruk pasal dirinya," kata Stacy

KREDIT:MSTAR


PARA peminat bintang handalan Britney Spears bimbang dengan kesihatan penyanyi idola mereka selepas dia pengsan semasa raptai konsert menjelajah dunianya, "Circus World Tour" pusingan Eropah.

Spears sedang berlatih satu rutin tarian untuk lagu baru ketika insiden itu berlaku.

Media melaporkan dia rebah lalu terbaring. Ini menyebabkan kesan lebam pada bahagian dadanya.

"Dia terjatuh semasa penari-penari cuba membantunya berdiri sendiri. Dia terjatuh di lantai dan terkena kaki seorang penari," kata satu sumber.

"Kasut tenis penari itu terkena Britney di bahagian dada dan wajahnya. Dadanya lebam sepanjang empat inci," tambah sumber itu.

Britney dilaporkan mempunyai jadual konsert yang ketat dan tahap gula yang rendah pada badan menyebabkan dia pengsan.

Sebelum ini, mendiang Raja Pop Michael Jackson pernah menasihatkannya agar bersara awal dari dunia hiburan atau mengalami nasib hidup dalam tekanan.

kredit:mstar